Kuiz Kahoot Matematik , BM, dan Sejarah
27 Julai 2024 | Aktiviti Terkini26 Julai 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) Presint 9 Fasa 3 telah membuat kelas intensif Matematik, Bahasa Melayu dan Sejarah. Kelas ini telah disertai oleh pelajar tahap 2 Sekolah Rendah yang memerlukan bimbingan pembelajaran secara digital bagi setiap matapelajaran teras disekolah mereka. Kelas ini berlansung selama 2 jam bermula dari pukul 3 petang hingga 5 petang.
Di dalam kelas ini, pelajar telah didedahkan dengan :
• Unsur-unsur asas pengiraan Matematik
• Mengetahui kehendak soalan
• Menambah pengetahuan AM
• Cadangan pengagihan masa
• Latihan E-Learning & ICT menggunakan Kahoot
Dalam kelas ini juga, pelajar diberi taklimat ringkas mengenai NADi serta fungsinya dan memberi penekanan bahawa pentingnya pembelajaran secara digital pada Era ini.
Kakitangan NADi Presint 9 Fasa 3 berbesar hati dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan semoga dengan kelas ini dapat membantu para pelajar agar lebih cemerlang dalam setiap matapelajaran serta pembelajaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: